KLANG: Polis akan mengambil alih siasatan terhadap kejadian nahas pesawat terhempas berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, pada Khamis lepas sekiranya terdapat unsur jenayah ataupun 'foul play'.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata siasatan akan dijalankan sekiranya dimaklumkan berlaku unsur tersebut oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) yang kini bertanggungjawab menyiasat punca nahas itu.
"Kalau mereka nampak sebarang perkara (mencurigakan), BSKU akan maklumkan dan polis ambil alih (siasatan).
"Sekarang urusan BSKU. Polis punya siasatan sudah selesai. Kita dah pun rekod (keterangan) saksi-saksi awam, jadi sebahagian daripada siasatan (polis) boleh digunakan oleh BSKU," katanya ketika ditemui di perkarangan Istana Alam Shah di sini hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Menteri Besar Selangor.
Hussein berkata setakat ini siasatan daripada pihaknya sudah selesai dengan polis telah merakam keterangan tiga pemilik kamera papan pemuka (dashcam) yang berada di lokasi nahas pesawat terhempas itu.
"Setakat ini tidak ada (tambahan individu beri keterangan), itu sahaja. Kita tunggu lagi sekiranya ada lagi mereka yang memiliki gambar, bahan (berhubung nahas pesawat) yang boleh membantu siasatan," katanya.
Semalam, Hussein mengesahkan tiada lagi mana-mana individu yang terlibat dan terkorban selain daripada 10 mangsa itu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang Datuk Seri Johari Harun.
Turut berada dalam pesawat itu ialah juruterbang Shahrul Kamal Roslan, 41, dan pembantu juruterbang Heikal Aras Abdul Azim, 45, serta lima penumpang iaitu Muhammad Taufik Mohd Zaki, 37, Khairil Azwan Jamaludin, 43, Shaharul Amir Omar, 49, Mohammad Naim Fawwas Mohamed Muaidi, 35, dan Idris Abdul Talib @ Ramali, 41.
Dua lagi adalah orang awam iaitu penunggang p-hailing Muhammad Hafiz Muhammad Salleh, 32, dan pemandu e-hailing Sharipudin Shaari, 51, yang melalui kawasan kejadian.
Tumpuan kini adalah laporan awal siasatan nahas seperti dimaklumkan oleh Kementerian Pengangkutan yang akan disediakan dalam tempoh 30 hari dari tarikh insiden nahas udara itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 21 2023
Datuk Hussein Omar Khan berkata siasatan akan dijalankan sekiranya dimaklumkan berlaku unsur tersebut oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) yang kini bertanggungjawab menyiasat punca nahas itu. - Gambar fail
Rombakan PKR: 'Tiada konflik dalaman' - Nik Nazmi
Keputusan PKR merombak Majlis Pimpinan Negeri (MPN) di tujuh negeri melibatkan Sarawak, Sabah, Pahang, Johor, Terengganu, Kelantan dan Wilayah Persekutuan bukan berpunca daripada konflik dalaman.
Kod Etika Kewartawanan bukan dipaksa oleh penguasa atau kerajaan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kod Etika Kewartawanan bukan menetapkan sesuatu yang dipaksa oleh penguasa atau kerajaan, tetapi kod untuk mengangkat martabat dan harakat bangsa.
'Tak hilang diri... jika semua selesai hari ini, esok saya nikah' - Mohd Azlan
Mohd Azlan Ishak, 36, menjelaskan dia tidak menghilangkan diri sebaliknya sedang menguruskan urusan pernikahan dalam tempoh beberapa hari ini.
SPRM belum terima notis isytihar harta dua anak Tun M
Azam berkata, pihaknya ada berbincang dengan peguam kepada Mirzan Mahathir dan Tan Sri Mokhzani Mahathir mengenai tempoh pengisytiharan.
Liga Super: Selangor FC kekal harga tiket, sasar stadium penuh
SELANGOR FC akan terus mengekalkan harga tiket untuk aksi Liga Super 2024/2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Ahli Kongres AS gesa Netanyahu hentikan serangan
Ahli Kongres Amerika Syarikat, Ro Khanna menggesa agar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menamatkan serangan ke atas Rafah.
Raih semua 'A' dalam SPM, Shila Amzah ucap tahniah kepada adik ipar
472355
[TERKINI] Polis perlu lebih masa siasat 5 ahli keluarga penyerang balai polis
PDRM memerlukan lebih masa untuk menyiasat dengan teliti lima ahli keluarga suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram.
Berdosa ‘troll’ guna ayat al-Quran walaupun atas tujuan hiburan
Terdapat segelintir individu tanpa segan silu melakukan hasut maya (troll) menggunakan bait-bait suci ayat al-Quran di media sosial.
Faisal Halim kini ditempatkan di lokasi rahsia
Pemain Selangor FC (SFC), Faisal Halim kini diletakkan di satu lokasi rahsia bagi menjalani proses pemulihan sepenuhnya.
Lima maut pesawat terhempas di Virginia
Empat dewasa dan seorang kanak-kanak dilapor meninggal dunia dalam nahas pesawat itu.
12 maut dalam nahas pesawat di Amazon Brazil
Sekurang-kurangnya 12 orang, termasuk seorang bayi, maut apabila pesawat ringan yang mereka naiki terhempas di negeri Acre di barat laut Brazil.
Serpihan bom tangan ditemui dalam mayat Prigozhin - Putin
Presiden Rusia Vladimir Putin mengulas mengenai nahas pesawat yang mengorbankan ketua kumpulan tentera upahan Wagner, Yevgeny Prigozhin.
Nahas Elmina: Mangsa pesawat terhempas tidak mungkin dapat diselamatkan - AAIB
Laporan setebal 60 halaman itu mengatakan bahawa pecutan jangka pendek (0.1-0.5 saat) yang biasa dilihat dalam perlanggaran pada kelajuan tinggi membawa kepada kematian penumpang pesawat.
DUN Pahang rakam takziah kepada keluarga Allahyarham Johari Harun
DUN Pahang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau negeri Datuk Seri Johari Harun.
Nahas pesawat: Polis ambil alih siasatan jika wujud 'foul-play'
Siasatan akan dijalankan sekiranya dimaklumkan berlaku unsur tersebut oleh BSKU yang kini bertanggungjawab menyiasat punca nahas itu.
Nahas Elmina: "Oyen okey, perlu masa untuk sembuh"
Kucing jantan itu dilaporkan mengalami luka di bahagian rusuk, dipercayai terkena serpihan semasa nahas.
Nahas pesawat di Elmina: Urusan pengebumian diserahkan kepada keluarga - Speaker DUN Pahang
Kerajaan Negeri Pahang menyerahkan sepenuhnya kepada waris mangsa untuk memutuskan urusan pengkebumian jenazah mangsa nahas pesawat di Elmina.
Pesawat terhempas di Elmina: Nahas timbul tanda tanya
Menurut Nik Ahmad Huzlan, pesawat mungkin hilang kawalan ketika berada pada ketinggian 1,500-3,000 kaki sebelum melakukan pendaratan.
Pesawat terhempas di Elmina: Bedah siasat semua mangsa dijangka selesai Isnin - KPN
Proses bedah siasat kesemua mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, pada Khamis dijangka selesai Isnin ini.